Setahun sudah

Lebih dari setahun saya bergelar seorang doktor.
Siapa sangka saya sudah berada di tahap ini.
Saya sendiri pun masih tak percaya.

Setahun yang berlalu dengan berbagai pahit manis.
Kenangan yang tak mungkin saya dapat di tempat lain.

Posting Surgical yang benar-benar menguji kekuatan dalaman.
Jatuh bangun di sini.
Menangis setiap hari.
Bibir tak lepas berzikir nak quit.
Alhamdulillah berjaya habiskan empat bulan yang memeritkan.

Posting Medical yang sangat enjoy.
Tapi sangatlah physically challange.
Saya sangat suka adjust reflo dan insulin di Endocrine Department.
Saya pernah insert Femoral Catheter semasa di Nephrology Department.
Saya belajar ECG di Cardiology Department.
Saya sangat relax di Periphery.
Saya pernah pergi kerja seawal 4.30 pagi di Hematology Department.
Alhamdulillah saya lulus long case dan written assessment serta berjaya habiskan tempoh empat bulan di Medical.

Posting O&G yang sangat saya rindui.
Waktu tagging yang sangat perit.
Perasaan nak quit pernah hadir masa tagging di O&G.
Saya cipta sejarah sendiri tak balik rumah masa tagging hanya sebab nak completekan tagging sheet.
Saya sangat enjoy O&G bila dah offtag.
Team mate yang sangat best.
Beberapa MO dan specialist yang sangat mesra dengan houseman.
Saya ada azam dan impian nak jadi MO di O&G.
InsyaAllah.
Alhamdulillah empat bulan juga di O&G tanpa extension.

Sekarang saya di bulan kedua Ortho.
Di Periphery.
Posting yang sangay relax saya kira setakat ini.
InsyaAllah hujung tahun ini baru habis.

Next posting insyaAllah Paeds.

Lepas Paeds saya fikir nak buat Anaest.
InsyaAllah.

Bila Allah kata jadi, maka jadilah.
Bila Allah kata saya mampu, maka saya akan mampu walaupun susah.
Bila Allah dah aturkan ini jalan hidup saya, maka ini lah yang akan berlaku.

Terima kasih ya Allah.
Tak pernah saya rasa Allah tak bersama saya walaupun sedetik.