Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Toksu Kembali

Inna lillahi wainna ilaihi rajiun.
Tok Su kembali menghadap yang Esa.
30 April 2013, jam 1.50 pagi.

Saya kira Toksu adalah nenek saudara yang paling saya rapat.
Keluarga saya tiap kali waktu raya akan ziarah Toksu.
Abah juga menjadi anak saudara kesayangan Toksu yang kedua, selepas Paktam.

Lepas Subuh ibu cakap Tok Su meninggal.
Waktu tu perasaan macam kosong.
7 April haritu baru jumpa Toksu.
Abang Muhizan kahwin.
Tulah first time jumpa Toksu sejak balik dari luar negara.
Kurus, sangat kurus.

Tertidur sekejap sebelum ke rumah Toksu.
Sempat lagi mimpi.
Mungkin tadi asyik fikir pasal Toksu.
Saya tak ingat sangat pasal apa yang saya mimpi dan siapa dalam mimpi.
Tapi yang pasti ada saya, Toksu dan Makcik Yah.
Toksu cakap dia sempat solat.
Itu je yang saya ingat.

Terjaga dari tidur.
Fikir, kalau betul apa yang saya mimpi tu alhamdulillah sangat.

Ke rumah Toksu.
Ramailah sedara mara.
Yang terdekat, Wan, Maktih, Maksu, Paksu, Fitri, Faiz.
Yang tak dekat sangat, Makcik Yah, Makcik Norsiah, Makcik Noraini, Pakcik Latip, Abang Mustamam, Abang Muhizan, Abang Khalid, Abang Wan.
Tu je lah yang saya tahu nama.
Yang lain saya kenal sebab pernah tengok tapi tak tahu nama.

Saya tak tengok Toksu betul-betul semalam.
Saya intai-intai dari tepi masa orang bukak kain yang menutup muka Toksu.
Saya bukan taknak tengok sebab takut menangis.
Tapi...
Tapi...
Tapi...
Saya mudah sangat berimaginasi.
Semalam waktu malam saya ajak Hajar teman dalam bilik.
Nak pergi tandas pun Hajar kena teman.
See?

Kat sana saya dapat tahu sesuatu.
Toksu sempat sembahyang 10 hari sebelum pergi.
Menjadi makmum kepada Abang Muhizan.
Alhamdulillah.

Allah nilai apa di akhir hayat kita.
Moga Allah terima taubat Toksu.
Moga Allah ampunkan segala dosa Toksu.
Moga Allah bangkitkan Toksu bersama para solihin.
Moga Allah temukan saya dengan Toksu di Syurga-Nya.

Btw, Toksu adalah insan pertama dari keluarga terdekat saya yang meninggal, yang mana saya sempat ziarah jenazahnya.

Tahun 2006, Tok Aisyah kesayangan, saya di sana.
Tahun 2010, Maksu kesayangan, saya di sana.
Mereka adalah insan yang buat saya menangis di hari pemergian mereka.
Menangis yang sungguh-sungguh.
Moga Allah temukan kami di  Syurga-Nya.

Mati tak mengira usia.
Tok pergi dulu dari Wan, suaminya.
Maksu pergi dulu dari Wan, ayahnya.
Toksu pergi dulu dari Wan, abang sulungnya.

Long-lasting Rindu

18 - 21 Februari 2013


21 - 28 Februari 2013

Saya tak pernah fikir untuk ke sana tanpa mahram sendiri.
Maka saya fikir mungkin akan ke sana dengan 'suami'.
Tapi perancangan Allah lebih menarik.
Saya dapat ke sana lebih awal.
Masa bujang lagi dijemput.
Ke sana bersama Abah dan sahabat-sahabat sebatch.

Rindu itu tak pernah hilang.
Hanya yang pernah rasa akan tahu perasaan itu.
Moga dijemput lagi olehNya.
Perancangan terdekat dua tahun lagi.
Setelah selesai housemanship insyaAllah.

Satu Permulaan

7 Mac 2013
Lepas UPSR, nak dihantar ke Hafizah Alimah. 
Tapi saya 'lari'. 
Dapat tawaran ke sebuah SMKA dalam negeri.
Tak tahu sebenarnya cita-cita sebenar.
Bila kena introduce diri, akan dikata nak jadi doktor.
Pelik tak pernah minat Biologi pun.
Minat lebih ke arah Matematik, Fizik dan Kimia.
Start Form 5 baru betul-betul letak cita-cita which is Chemical Engineer.
Then masuk Matrikulasi course Physical Science.
Sehari berada dalam kursus Farmasi di Surau Matrikulasi.
Berminat dan terus letak aim lepas matrik nak buat Farmasi di USM.

Allah knows every single thing.
Past, present and future.

Dapat tawaran ke luar negara bidang Perubatan.
Unexpected.
Tak pernah ada cita-cita nak jadi doktor.
Cuma kata di mulut tapi tidak di hati.
Itulah, apa yang selalu kita cakap tu adalah doa.

Alhamdulillah. 
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Itu saja yang mampu diucapkan.
Susah payah dilalui selama enam tahun setengah dalam medical course.
Hanya Allah yang membantu untuk terus kuat dan kuat.
Bukan mudah nak buat benda yang kita tak minat.
Pernah rasa nak quit dan ambil Qiraat masa second year.
Tapi bila kenangkan Ibu Abah.
Itu semua hanyalah impian yang tak kesampaian.

Sekali lagi alhamdulillah.
Sekarang tunggu tarikh interview dari SPA.
Sepatutnya dah tahu.
Tapi oleh sebab ada election 5 Mei nanti.
Semua tertunda.

Saya bakal menjadi seorang doktor beberapa bulan lagi insyaAllah.
Tapi impian saya bukan dalam medical field.
Saya mahu jadi hafizah dan alimah.
Saya mahu jadi surirumah sepenuh masa.
Saya mahu khidmat  pada suami.
Saya mahu didik anak-anak dengan tangan sendiri.
Saya mahu homeschoolkan anak-anak saya.
Semua impian ini juga ada dalam doa saya semasa mata memandang Ka'bah dan kaki berpijak di Raudhah.
Moga Allah kabulkan impian-impian saya ini.
Amin.