Toksu Kembali

Inna lillahi wainna ilaihi rajiun.
Tok Su kembali menghadap yang Esa.
30 April 2013, jam 1.50 pagi.

Saya kira Toksu adalah nenek saudara yang paling saya rapat.
Keluarga saya tiap kali waktu raya akan ziarah Toksu.
Abah juga menjadi anak saudara kesayangan Toksu yang kedua, selepas Paktam.

Lepas Subuh ibu cakap Tok Su meninggal.
Waktu tu perasaan macam kosong.
7 April haritu baru jumpa Toksu.
Abang Muhizan kahwin.
Tulah first time jumpa Toksu sejak balik dari luar negara.
Kurus, sangat kurus.

Tertidur sekejap sebelum ke rumah Toksu.
Sempat lagi mimpi.
Mungkin tadi asyik fikir pasal Toksu.
Saya tak ingat sangat pasal apa yang saya mimpi dan siapa dalam mimpi.
Tapi yang pasti ada saya, Toksu dan Makcik Yah.
Toksu cakap dia sempat solat.
Itu je yang saya ingat.

Terjaga dari tidur.
Fikir, kalau betul apa yang saya mimpi tu alhamdulillah sangat.

Ke rumah Toksu.
Ramailah sedara mara.
Yang terdekat, Wan, Maktih, Maksu, Paksu, Fitri, Faiz.
Yang tak dekat sangat, Makcik Yah, Makcik Norsiah, Makcik Noraini, Pakcik Latip, Abang Mustamam, Abang Muhizan, Abang Khalid, Abang Wan.
Tu je lah yang saya tahu nama.
Yang lain saya kenal sebab pernah tengok tapi tak tahu nama.

Saya tak tengok Toksu betul-betul semalam.
Saya intai-intai dari tepi masa orang bukak kain yang menutup muka Toksu.
Saya bukan taknak tengok sebab takut menangis.
Tapi...
Tapi...
Tapi...
Saya mudah sangat berimaginasi.
Semalam waktu malam saya ajak Hajar teman dalam bilik.
Nak pergi tandas pun Hajar kena teman.
See?

Kat sana saya dapat tahu sesuatu.
Toksu sempat sembahyang 10 hari sebelum pergi.
Menjadi makmum kepada Abang Muhizan.
Alhamdulillah.

Allah nilai apa di akhir hayat kita.
Moga Allah terima taubat Toksu.
Moga Allah ampunkan segala dosa Toksu.
Moga Allah bangkitkan Toksu bersama para solihin.
Moga Allah temukan saya dengan Toksu di Syurga-Nya.

Btw, Toksu adalah insan pertama dari keluarga terdekat saya yang meninggal, yang mana saya sempat ziarah jenazahnya.

Tahun 2006, Tok Aisyah kesayangan, saya di sana.
Tahun 2010, Maksu kesayangan, saya di sana.
Mereka adalah insan yang buat saya menangis di hari pemergian mereka.
Menangis yang sungguh-sungguh.
Moga Allah temukan kami di  Syurga-Nya.

Mati tak mengira usia.
Tok pergi dulu dari Wan, suaminya.
Maksu pergi dulu dari Wan, ayahnya.
Toksu pergi dulu dari Wan, abang sulungnya.

1 kata mereka:

Anonymous said...

takziah...