Bukanlah saya nak sangat interview.
Tapi oleh sebab nak ke jawatan UD41, kenalah ikut salah satu steps-nya.
Interview pun sekadar formality.
Hari ini, berkali-kali cubaan untuk call SPA.
Tapi hanya tiga panggilan yang berjawab.
Pertama, dijawab oleh orang SPA yang bukan menguruskan bahagian UD41.
Okay dia baik hati kerana berikan number lain.
Kedua, ye ianya dijawab oleh pengurusan UD41.
Tetapi katanya tarikh interview takde lagi.
Haih kawan saya sebelum ni call tiga hari sebelum saya dapat tarikh 15 May.
Then dia tanya nama saya dan cari.
Tetapi katanya nama saya tiada.
Mana boleh tiada sedangkan kawan yang daftar lewat dah dapat tarikh.
Then dia minta number IC dan akan call next time.
Okay silap saya letak number abah.
Dia call abah yang angkat.
Ketiga, saya call balik waktu petang untuk pastikan tarikh.
Katanya nanti pegawai SPA akan call.
Saya tak puas hati.
Yelah dah banyak kali call tak settle.
Saya kata, pagi tadi dah call, then dia call balik tapi saya tak angkat.
Then dia tanya nama, saya jawab.
Oh ayah angkat ye pagi tadi, cik interview 15 May, seminggu sebelum interview call balik untuk confirmkan tempat.
Arghh saya malu okeh!
Tapi saya tak tipu.
Betullah saya tak angkat sebab ayah saya yang angkat.
Hikhik.
Apapun alhamdulillah selesai.
Sekarang cuma kena study hal medic dan isu semasa.
Orang cakap mudah je dan saya sendiri tengok pun memang mudah insyaAllah.
Tapi usaha kena ada ye tak.
Satu pengajaran.
Kadang-kadang tak boleh terima bulat-bulat apa orang cakap.
Kena berani pertahankan hak kita selagi boleh.
Tapi make sure dengan cara baik.
Kalau saya buat lemah tadi iakan aje dan dia tak call pulak, 29 May agaknya tarikh interview saya.
Mohon doa.
:)
0 kata mereka:
Post a Comment