Kehidupan Baru

Esok, 26 Ogos 2013 merupakan permulaan kepada kehidupan yang baru.
Persekitaran yang baru.
Kawan-kawan yang baru.
Semuanya baru-baru belaka.

Alhamdulillah.
Allah tempatkan saya di hospital pilihan pertama.
Berkat doa Ibu dan Abah mungkin.
Sebab hakikatnya jauh di sudut hati saya nak ke hospital pilihan kedua.
Apapun Allah tahu apa yang terbaik untuk diri saya.
Terima kasih Allah!

Ya Allah.
Kuatkan aku dalam menempuh kehidupan baru ini.
Tabahkan aku dalam mengharungi onak duri yang bakal mendatang.
Tinggikan sifat sabar dalam diriku.
Bantu aku setiap masa ya Allah.
Jadikanlah aku seorang doktor yang menjadikan dakwah sebagai agenda utama.
Permudahkan urusanku untuk menjadi seorang doktor yang kompeten.
Ya Allah, jangan tinggalkan aku walau untuk sedetik masa yang kurang dari sesaat.
Amin ya Rabbal a'lamin.

0 kata mereka: