Menunggu dan terus menunggu.

Dulu interview saya lambat sikit sebab ada pilihanraya.
Sekarang Program Transformasi Minda saya lambat sikit sebab Raya Aidilfitri.
Allah knows best.

Kawan-kawan yang dah kerja pesan suruh study CPG dari website KKM.
Suruh study ECG sebab time study dulu tak ditekankan sangat.
Tapi ya ampun saya rajin yang amat.
:(

Aglio Olio


This is super sedap spaghetti yang saya pernah cuba masak dan makan.
Sebelum ni bolognese kesukaan saya.
Sekarang aglio olio pula!

Nama sedikit pelik. 
Terjumpa semasa aktiviti goggling, maksudnya adalah garlic and oil dalam Italian.
So main ingredients dia adalah dua benda tu.
Bila makan, rasa bawang putih and sedikit oily.

Letak resepi sket!
Bahan-bahan, spaghetti, ayam, olive oil, butter, garlic, cili kering, cili api, kiub ayam, basil flakes, black pepper, all purpose seasoning.
Cara-caranya,
1. Rebus spaghetti dengan minyak dan garam. Macam selalu.
2. Panaskan olive oil dan sedikit butter, tumis garlic dan cili kering, buka api perlahan je. Kemudian masukkan cili api.
3. Masukkan ayam, kacau selalu, biar sampai masak. 
4. Masukkan sedikit air bersama kiub ayam, basil flakes, black pepper dan all purpose seasoning.
5. Tunggu sampai air kering kemudian tutup api.
6. Siap!

Saya tak tulis amount untuk setiap bahan sebabnya, it's up to you.
Kalau suka bawang putih macam saya, untuk 1 orang makan saya letak dalam 4.
Kalau suka pedas, letak banyak cili kering.
Benda-benda lain tu campak-campak aje!

Most recipe akan guna seafood, tapi saya tak minat sangat so tukar ke ayam.
Untuk bahan-bahan selain pasta, olive oil dan garlic, sebenarnya boleh masukkan apa saja sesuka hati.
Seperti, chilli flakes, oregano, daun bawang, italian herbs, ape-ape jelah yang selalu orang guna buat pasta.
Seriously resepi ni memang main campak je okeh. 

Saya, Hajar dan Mishall.
First time buat sikit je sebab ingat nak test je dulu sedap ke tak.
Sekali lagi 2 orang budak kecik mau join makan.
Itu yang satu pinggan ada 3 garfu.
Mishall yang susah nak makan pun suka.
She likes it very much!
Dia yang habiskan sampai ke spaghetti yang terakhir.
Hee.

Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin



Balik Pahang 2-5 Jun.
Abah beli time on da way balik dari Kuantan ke Felda Sebertak.
Masak lemak 2 ketul ikan +  nasi putih 3 bungkus + kopi O 1 bungkus = RM 40 lebih.
Mahal okeh.

Sampai rumah, saya, Abah dan Tok je yang makan masak lemak.
Mahal-mahal pun tapi worth it lah.
Super sedap!

Tak habis lagi 1 bungkus.
Saya cakap kat Ibu nak bawak balik Penang esok.
Satu sebab sangat sedap dan tak tahu bila lagi boleh makan.
Dua kalau tinggal Pahang nanti takde sape makan.
Yeaaahhhh!

Gambar atas tu masa makan kat Penang.
Again, saya dan Abah je yang makan sampai habis.
Hajar letak 1 sudu kuah lepas tu tunggu je lauk Ibu siap.
Pity her. ;P

Yaasin Tunggal

Baru perasan almost sebulan saya tak update blog.
Mood takde nak buat macam mana ye tak.
Sekali mood datang macam harini dua entry terus dalam satu hari.
:D

Dulu-dulu saya ada blog. 
Tapi lepas tu dah terminate.
Atas sebab-sebab peribadi.
Yang saya tak jangka akan berlaku.
Yang matangkan saya dalam kehidupan mungkin.
Yang buat hati saya pedih.
Yang buat saya selalu menangis.
Yang buat saya fikir everything happen for a reason.
Moga Allah rahmati mereka-mereka.

Haih nak cakap benda lain sebenarnya.
Dulu saya ada blog. 
Ramai yang masuk blog saya sebab mencari soal Yaasin Tunggal.
So saya letak sini jugaklah ye.

Yaasin Tunggal ni Abah saya dapat dari rakannya.
Waktu tu passport Abah hilang tahtahu letak kat mana.
Alhamdulillah asbab usaha dengan Yaasin Tunggal dan mencari, akhirnya Allah temukan dengan passport.
Yaasin Tunggal akan saya baca apabila ada hajat-hajat tertentu.
Biasanya waktu pagi saya akan baca surah Yaasin.
Tapi kalau ada sesuatu yang besar hari itu contohnya ada exam, interview, saya baca Yasin Tunggal.
Kalau saya nak exam, Ibu Abah akan bacakan jugak Yaasin Tunggal niatkan moga saya boleh jawab exam.
Apa-apa sahaja lah niat di hati.
Lepas baca, doa.
Yang penting yakin dengan Allah.

Caranya begini.
Baca ayat 1 surah Yaasin sebanyak 7 kali.
Baca sebahagian ayat 38,    ذَ‌ٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيم sebanyak 14 kali.
Baca ayat 58 sebanyak 16 kali.
Baca sebahagian ayat 81, أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْض بِقَادِرٍ عَلَىٰ أَن يَخْلُقَ مِثْلَهُم sebanyak 3 kali.
Akhir sekali, baca ayat 83 dan waktu baca ayat كُن فَيَكُونُ , niatkan apa saja niat yang dikehendaki.

Moga bermanfaat.
Tak faham boleh tanya.