Post-interview (Interview SPA Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41)

Alhamdulillah.
Done with interview.

Lama sudah berlalu.
Asalnya tarikh interview 15 May.
Tempat belum tahu lagi.
Seperti yang dah diceritakan pada post 'Oh Interview'.

Bila saya call for the next time.
Pegawai tu cakap interview 18 May di KOMTAR.
Oh oh siapa tak terkejut.
Tak payah dah fikir nak stay mana, nak pergi naik apa, nak pergi interview macam mana.
Semuaaaaanya dimudahkan Allah. 
Alhamdulillah.

Hari interview dah janji dengan Zu nak naik sama-sama.
Dah janji ada di KOMTAR jam 8.30 pagi.
Sampai di KOMTAR kemudian dapat tahu tempat tukar ke Bangunan Persekutuan.
Abah hantar pergi sana pulak. 
Tak jauh pun.
Kami berdua adalah orang yang kedua terakhir sampai.
Meaning selepas kami ada seorang sahaja yang sampai.
Maksudnya kami antara yang terakhir akan masuk.

Setiap orang akan masuk berkumpulan seramai 3 orang.
Bila orang dah semakin berkurang mulalah nak kira-kira masuk dengan siapa.
Congak-congak, fikir-fikir, rasa-rasanya macam saya dan Zu mungkin tak masuk bersama.
Then pergilah jumpa pegawai yang jaga borang pendaftaran.
Saya cakap kami nak masuk bersama dan dia izinkan.
Baik ok pegawai tu. 

Dua kumpulan terakhir masuk ber-empat sebab tinggal 8 orang.
Saya dalam kumpulan 1 Malaysia.
2 perempuan Melayu, 1 perempuan India, 1 lelaki Cina.
Saya yang kedua, Zu yang keempat.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Perkenalkan diri.
Kenapa nak jadi doktor.
Apa pendapat berkenaan dengan housemanship.
Ini semua ditanya dalam Bahasa Melayu, jadi jawabnya pun dalam Bahasa Melayu jugaklah kan.

Non communicable disease yang common di Malaysia.
Dr. Iqbal suruh enumerate sorang satu disease.
Mungkin saya ada bercakap soal O&G, jadi Dr. Iqbal tanya apa emergency during labor.
Enumerate jugak.
Masa ini otak ligat berfikir nak jawab apa sebab tak study langsung O&G.
Time Dr. Iqbal bagi sign untuk saya jawab, yang terkeluar post-partum haemorrhage.
Serius memang tak hengat. 
Yang lain-lain sembang-sembang, borak-borak, nasihat-nasihat.
Alhamdulillah.

Katanya kurang lebih lagi dua bulan dapat tahu posting.
Katanya lagi, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya dah penuh.
Saya tulis dua hospital ni je dalam borang permohonan.
Paling dekat dengan Penang adalah Hospital Alor Setar.
Entah kenapa saya harap sangat dapat hospital di Perlis.
We will see.
Mana Allah hantar itulah yang terbaik.

Oh ya untuk siapa-siapa yang termasuk ke sini mencari soalan interview, tak perlu risau anda akan lulus atau gagal.
Semuanya akan lulus insyaAllah.
Pegawai sendiri cakap pada saya dan semua, mereka hanya nak KEDATANGAN SAHAJA.
Boleh jawab ke tak boleh jawab ke semuanya lulus ok. 
Oklah untuk tak menghampakan anda, saya attach bahan bacaan saya untuk interview.
Semuanya adalah kumpulan soalan dari rakan-rakan saya dari pelbagai universiti pada akhir tahun 2012 dan Mac - April 2013.
Saya taklah baca sungguh-sungguh macam nak final exam.
Bak kata kawan saya, baca untuk kill the time je.
Skema jawapan dari Ain, rakan seuniversiti saya, sini.
Skema jawapan dari saya, sini.
Disease yang perlu diberi pehatian sebab common di Malaysia, diabetes mellitus, hypertension, dangue fever, malaria, tuberculosis.
Kalau anda belajar di luar negara, ambil tahu jugak disease yang common di negara tersebut.
Harap membantu.

1 kata mereka:

Tabibbatunhawa said...

Interview march 2016. Insyaallah. Tq for writing this entry.